Showing posts with label Dunia Aku. Show all posts
Showing posts with label Dunia Aku. Show all posts

Saturday, July 31

Pahlawan Di Hati

anak-anak harapan nusa bangsa


Hari ini adalah sambutan Hari Pahlawan yang disambut di negara kita setiap tahun pada 31 Julai sejak 1960 an lagi. Untuk kali pertamanya diadakan di Dataran Merdeka dan sebelum ini sambutan adalah di Tugu Negara. Hari untuk kita memperingati pejuang-pejuang negara yang sanggup mengorbankan nyawa untuk mempertahankan negara.

Kini negara kita tidak lagi dijajah, jadi perjuangan yang macam mana pula yang boleh kita lakukan?
Saban hari kita dipaparkan dengan berita anak-anak kecil yang menjadi korban ibu bapa yang tidak bertanggungjawab..kes dera, kes bunuh anak..dibuang merata tempat..kita juga sudah muak mendengar ada saja samseng jalanan yang mengorbankan nyawanya di jalanan...Pengorbanan sebegini kah yang nak kita kenang?

Moga kita mampu untuk menjadi seorang yang akan menjadi pahlawan di hati sekurang-kurangnya kepada anak-anak kita..kerana sebagai ayah/ibu kita juga melakukan pengorbanan..

Thursday, July 29

Hipokrit Yang Bertempat?

dalam sekumpulan tak semuanya baik belaka


Bukan aku saja tapi mungkin semua orang tak suka orang yang berpura-pura lebih-lebih lagi kalau dia orang yang kita sayang atau rapat. Selama hidupku aku cukup bermasalah dengan orang sebegini. Kenapa senyum kalau dalam hati tak suka. Kenapa bergurau senda dengan orang yang kita rasa sangat menyampah dengannya? Aku cukup tak faham perkara macam ini hingga berlakunya satu perkara yang telah memberi aku ilham untuk tidak menghiraukan sangat manusia yang hipokrit. Ia wujud pada kebanyakan orang dan kalau orang sebegini nak kita elakkan alamat kita tidak mempunyai kawan. Cukuplah kalau ada sorang dua yang jujur kira baguslah. Pepatah berkata berkawan biar seribu. Dalam seribu takkan semuanya elok kan?

Baiklah cerita tentang ilham tadi. Suatu ketika aku berada dalam situasi tekanan yang berpunca dari sikap seorang kawan yang aku rasakan cukup mahir berpura-pura. Tak payah sebut apa yang dia buat kita dah boleh bayangkan sendiri sikap orang yang hipokrit. Babak pentingnya ialah apa yang dinasihatkan oleh seorang kawan lain pada aku. Dia kata " ada masa kita perlu bersikap hipokrit andai ia lebih baik bila dilakukan". Wah..sesuatu yang tak pernah aku dengar..satu nasihat yang bunyinya sangat jahat..huhu. setelah beberapa lama aku fikirkan dan nilaikan memang benar apa yang dia kata. Tak perlu kita tunjukkan sangat apa yang kita rasa pada setiap orang di depan mata kita. Kalau dah lumrahnya orang yang sentiasa memberi senyuman itu dikatakan baik jom kita senyum pada semua orang. Apa yang berada di hati tak akan nampak seperti apa yang di pancarkan di wajah..Jadi tunjukkanlah yang elok-elok saja.

Sekarang aku tak nak fikirkan lagi seorang kawan itu jujur ke tidak atau ikhlas ke tidak berkawan dengan aku. Itu hak dia. Aku pun tak nak dipersoalkan tentang tahap kejujuran aku dan keihlasan aku kerana yang lebih penting dan lebih selamat serta lebih baik di mata setiap orang ialah bila kita nampak sentiasa gembira. Jadi tunjukkanlah yang baik-baik saja. Soal peribadi hanya untuk yang terdekat dan yang memahami sahaja. Untuk mengelak masalah lakukan hipokrit yang bertempat...

Pengiktirafan Pada Diri

Pengalaman adalah guru yang terbaik


Seseorang mendapat pengiktirafan kerana banyak perkara. Mungkin kerana jasanya, kelebihannya atau apa jua yang boleh membuat orang mengkaguminya. Pengiktirafan ada pelbagai bentuk, mungkin diberikan gelaran atau mungkin diberikan sijil dan sebagainya. Seterusnya bagi si penerima pengiktirafan itu pasti ia sesuatu yang sangat bermakna kepada hidupnya dan pasti memberi lebih keyakinan pada diri. Kita pula siapa yang berikan pengiktirafan dan apa yang boleh diberikan pengiktirafan pada diri kita? Kalau tiada, adakah ia sebagai alasan untuk tidak merasa yakin pada diri sendiri? Bagiku tak salah mengiktiraf diri sendiri.


Aku pernah mengikuti kursus mengenai kecemerlangan diri yang mana si penceramah pernah mengatakan untuk memberi keyakinan pada diri berpegang pada prinsip " aku adalah diri yang aku inginkan ".Maknanya di sini setiap kita perlu ada impian untuk menjadi seperti mana yang kita inginkan. Selami keinginan diri dan seterusnya lakukan sesuatu untuk mencipta identiti diri..Bila dah jumpa identiti diri yang terbaik berpeganglah padanya.

Kesimpulan apa yang ingin aku kongsikan di sini, kita perlu tahu apa kelebihan yang kita miliki yang di anugerahkan Tuhan kepada kita. Kalau orang lain tak menghargainya cukuplah kita menghargainya sendiri sebagai satu pengiktirafan kepada diri sendiri. Aku bukan pakar motivasi. Aku cuma memikirkan, mempraktikkan dan seterusnya berkongsikan cerita dari apa yang aku perolehi dari mereka yang pakar. Pengalaman juga adalah guru yang pakar.

Monday, July 26

Forever And One


Selamanya aku akan merindui saat suka duka kehidupan.Terima kasih Tuhan, kerana memberi aku kehidupan ini..

Saturday, October 10

Tuesday, July 7

THANK YOU



Terima kasih atas jemputan dan juga layanan yang diberikan oleh kakitangan Amcorp Sibujaya masa Majlis Perasmian Butterfly Cottage pada 20 Jun 2009 yang lepas..1 Sibujaya 1 Malaysia...nanti gua nak beli rumah kat situ jugak lah...haha...Keep In Touch

Monday, April 20

Inilah Sibu FM


Yehaa...dah siap dah fishtail baru..pening jugak aku nak design coz masa singkat nak kena siap pastu nak pamer masa pesta kaul Mukah minggu ni..Yang lama ada lagi tapi dah tak valid byk muka yang x wujud lagi...ada yang pencen ada yang transfer...jadi kira yg ni up to date la...tapi boleh tahan jugak la dj-dj Sibu FM kan?.....haha masuk bakul angkat sendiri lah...

Thursday, March 19

Tak Kenal Maka Tak Cinta?
Haha aku suka ungkapan ni..hampir 90% kawan-kawan aku kata mula-mula jumpa aku mereka akan anggap aku ni seorang yang serius sgt, sombong dan x suka bergaul.. Aku tak kisah coz dah biasa dengar dah pendapat yang sama.. Tapi bila dah bergaul dengan aku baru diorang tau..haha
Memang lah aku ni serius terutama dalam kerja, aku juga jarang memulakan perbualan dan jenis memilih jugak. Tapi aku ni sebenarnya jenis yang byk cakap jugak, lucu dan open-minded orang nya..
Biasanya bila habis conty duty akan akan byk berdiam sebab dah penat bercakap masa on the air..hehehe
Bila buat kerja aku sanggup x makan selagi apa yang aku buat x siap dan kalau apa yang aku buat tu tak menjadi ia akan menyebabkan aku xda mood. Bila aku xda mood aku suka tidur supaya kepala tak sakit dan supaya aku boleh bersendirian.
Jadi apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah : TIDUR IALAH MASA UNTUK KITA BERSENDIRIAN DAN MELUPAKAN DUNIA SEKETIKA UNTUK DIRI SENDIRI.....oklah dah pukul 12 tgh mlm masa untuk aku TIDUR....wassalam....adios

Thursday, March 12

RUKUN NEGARA

  1. kepercayaan kepada Tuhan
  2. kesetiaan kepada raja dan negara
  3. keluhuran perlembagaan
  4. kedaulatan undang-undang
  5. kesopanan dan kesusilaan

Wednesday, March 11

gambar

Ini adalah post pertama blog ni..gambar peserta yang mengikuti kursus membuat blog..di KK Sabah.