Monday, July 26

Buang ke Bunuh?



dari keratan akhbar


Kes buang anak..Kalau jarang-jarang berlaku lagi kita tak dapat nak menerima perkara sebegini apa lagi kalau sudah saban hari kita dihidangkan dengan cerita yang sama cuma dilakukan oleh manusia yang berbeza tapi di negara kita juga. Kemarahan membara di dalam hati tapi di mana untuk dilepaskan...lainlah kalau si perlaku berada di depan mata. Mungkin selagi belum terkeluar berita dengan tajuk "hukuman mati kesalahan membuang bayi" selagi itu tiada yang akan takut.
Atau mungkin dari segi perkataan juga menyebabkan si perlaku merasa kurang bersalah atau berdosa. Aku cukup setuju bila istilah mat rempit diganti dengan istilah samseng jalanan. Mereka memang samseng memang layak digelar begitu..Kalau masih juga nak rasa bangga digelar samseng tak tau nak cakap apa dah...Jadi mungkin istilah buang anak boleh diganti dengan istilah bunuh anak..mungkin bunyinya lebih menakutkan si perlaku..kerana membunuh hukumannya adalah tali gantung atau penjara seumur hidup...kerana jarang sekali kita dengar bayi yang dibuang itu selamat..semuanya jadi mangsa semut dan seperti sampah..cukup menyayat hati..

2 comments:

Selendang Kalas said...

tedah miak sik tauk apo2...timbul istilah bapa dan ibu ghaib...

Anonymous said...

:'( yala wajib bha dihukum gantung..sama jak cam bunuh baby..xpernah bh nak bersyukur..dah polah cgek dosa tambah gik cgek dosa..bila la nak sedar.. Doa jak la.. Harap cdak ya dapat petunjukNya..