Monday, November 15

Masa Akan Terus Berlalu


Kini sudah berada di bulan November, tinggal satu bulan lebih lagi berakhirnya tahun 2010. Aku pula telah berada di sini selama 6 tahun bila tibanya bulan Disember ini. Satu tempoh yang boleh dikatakan cukup untuk melihat dan menilai banyak perkara. Pelbagai perubahan telah disaksikan untuk difikirkan dan untuk dinilai, baik perubahan pada diri sendiri, pada keluarga, kerjaya dan persekitaran juga. Tetapi tak semuanya perlu difikirkan kerana tak semuanya penting. Ada yang perlu dilupakan dan dibiarkan berlalu bersama masa. Kalau nak diigat pun hanya sebagai kenangan.

5 tahun yang lalu aku datang ke sini, anak ku baru belajar bercakap, berjalan pun seringkali terjatuh tapi kini dia dah boleh dibawa berbincang, dah boleh menunggang basikal dua roda.

5 tahun lalu di kawasan tempat aku tinggal dipenuhi hutan dan semak samun.Seperti tinggal di kampung dalam bandar. Sekarang kalau nak pergi beli barangan dapur nak cari tempat letak kereta pun susah. Kawasan semak samun dulu kini sudah ada pusat membeli belah, sudah ada bank dan sudah ada rumah urut..haha

5 tahun lalu rakan sekerja kebanyakannya pekerja sambilan. Sebagai pegawai tetap banyak perkara yang perlu aku buat. Sampai pernah aku merasakan kerja di cawangan lebih sibuk dari kerja di HQ. Tapi sekarang semua rakan sekerja adalah pegawai tetap. Jadi kerja telah dibahagi sama rata kerana semuanya telah sama gred.

Aku? Aku inginkan perubahan dalam beberapa perkara yang perlu untuk aku lakukan demi kehidupan yang lebih baik dari semalam..pengalaman selama hampir 6 tahun di sini telah banyak memberi aku ikhtibar dan pengajaran. Agar perlu lebih gigih berusaha dan lebih berhati-hati. Berusaha kerana usaha itu kunci kejayaan dan berhati-hati kerana di sini banyak 'manusia jadian'.

No comments: