Sedar tak sedar dah pun masuk bulan terakhir dalam tahun ini. Jadi tak salah rasanya untuk aku membuat penilaian segala yang telah dilalui sepanjang tahun ini. Dari segi azam memang hampir semuanya tak berjaya. Teringat sebelum bermulanya tahun 2010 aku telah menanam azam untuk melakukan beberapa perkara setelah aku berhijrah ke tempat baru. Tetapi atas sebab yang bukan berpunca dari aku nampaknya segala impian terpaksa ditunda dahulu. Mungkin terpaksa menunggu lagi bila kaki telah melangkah ke tahun baru 2011 pula. Kerana aku masih di sini jadi segala perancangan belum boleh dilakukan.
Tentang perkara yang tidak dirancang pula sepanjang tahun ini lebih kepada seperti melalui detik-detik masa dengan melakukan apa yang sepatutnya. Di tempat kerja seperti yang aku inginkan sebelum ini agar lebih berhati-hati rasanya 50% aku berjaya tetapi selebihnya ada lagi bahagian yang aku gagal. Aku berjaya untuk memberikan perhatian kepada kerja sendiri tanpa mempedulikan tentang kerja orang lain yang telah aku anggap semuanya pandai-pandai belaka.
Berhati-hati telah berjaya aku lakukan tinggal selepas ini aku ingin 'berdiam diri ' pula. Ada beberapa perkara yang berlaku dalam tahun ini yang memberi aku pengajaran bahawa tidak semua perkara perlu aku luahkan. Walaupun dengan niat untuk kebaikan tetapi hasilnya mendatangkan masalah kepada diri sendiri. Jadi tiada apa yang lebih baik melainkan berdiam diri sahaja. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menyimpan apa yang aku ada, apa yang aku tahu dan apa yang aku mahir untuk diri sendiri...
No comments:
Post a Comment