Sunday, January 30

Timbang Tara


Manusia diciptakan dengan segala kesempurnaan yang tidak dimiliki oleh makhluk lain..kita ada naluri kita ada akal..itu yang membezakan manusia dengan haiwan..

Otak terbahagi kepada dua bahagian..kiri dan kanan..kenapa? Supaya kita dapat memikirkan tentang sesuatu perkara dalam dua sudut yang berbeza..antara yang baik dan buruk, antara yang jujur dan dusta serta antara yang zahir dan batin..

Kita diajar untuk selalu berfikiran positif tetapi tidak pula kita diajar supaya terlalu positif sehingga gagal menghidu kehadiran sesuatu unsur yang negatif..

Kita diajar untuk berbuat baik tetapi kita juga diajar supaya berbuat baik biar berpada...

Selagi kita bernama manusia, selagi itu kita dikatakan sebagai makhluk yang mempunyai akal...dan selagi itu kita akan berdepan dengan pelbagai perkara yang ditafsirkan dengan cara yang berbeza...itulah uniknya menjadi manusia..yang boleh membuat timbang tara...





Saturday, January 29

Berkira Atau Tidak

Ingin menjadi seperti kanak-kanak yang jujur dan bersih


Dalam apa jua soal kehidupan bagi aku kesederhanaan atau keseimbangan itu penting.Secara tidak langsung sebenarnya dalam kehidupan aku telah mempraktikan kesederhanaan ini tetapi sebagai manusia biasa memang adakalanya tersilap juga langkah.Maka berlaku juga saat-saat terlampau...
Aku suka no 2...kerana mungkin secara kebetulan aku anak kedua dan lahir dalam bulan dua...2 pada aku keadilan dan keseimbangan...sederhanaan.

Dalam memberi kalau dah terlalu banyak memberi tanpa menerima akhirnya mungkin merugikan kita juga, lebih-lebih lagi kalau apa yang diberikan itu tidak dihargai atau mungkin lebih teruk kalau di balas pula dengan cara yang sebaliknya.

Dalam membantu kalau dah mudah sangat membantu adakah bila kita perlukan bantuan semudah itu juga kita akan mendapatnya?

Disekeliling kita ada pelbagai jenis wajah manusia yang pastinya juga mengundang pelbagai watak..ada yang boleh kita lihat dari raut wajahnya akan keikhlasan dan kejujuran..ada pula yang ingin menunjukkan keikhlasan dan kejujuran tetapi di wajah tampak kesuraman..

Antara manusia yang berpendirian dan manusia yang tidak pernah berpegang dengan kata-kata sendiri...

Antara manusia berani kerana benar dan manusia yang berusaha menegak benang yang basah..

Walau apa pun, semua jenis manusia ini berada di sekeliling kita...jadi gunakan akal sendiri untuk menilai mana yang baik dan yang buruk...

Tinggal antara nak berkira atau tidak?


Thursday, January 20

2011 Tiba Juga

Dah nak berakhir pun bulan pertama di tahun baharu..aku baru ada masa untuk mencoret sesuatu di blog ni supaya tak usang di usia muda...

Aku nak simpulkan tahun 2010 yang dah pun berlalu bila cukup 365 harinya..bagi aku cukup ke tak masa tetap patuh dengan putarannya tanpa menunggu kita...tak banyak sangat yang nak dikenang di tahun lepas..Bila masa dirasa terlalu pantas maknanya ia telah dilalui dengan sempurna..hanya tatkala kita merasa kesunyian, kebosanan dan kekecewaan saja masa akan terasa terlalu lambat bergerak..sempurna maksud aku bukanlah bermakna segalanya hebat-hebat tetapi sekadar baik-baik saja..malas aku nak perah otak untuk kembali mengingat apa yang manis apa yang pahit berlaku di tahun lepas untuk dikongsikan di sini..kalau dikongsikan pun bukannya menarik sangat untuk orang lain..takut nanti jadi syok sendiri pulak aku..tapi selagi hidup kita tetap akan melalui kedua-duanya, pahit dan manis....

2011 aku dambakan lebih banyak pembaharuan, dalam kerjaya, keluarga dan juga peribadi aku sendiri...apa yang perlu aku ingatkan pada diri sendiri..."Sediakan Payung Sebelum Hujan", jangan sampai "Sudah Terhantuk Baru Terngadah"....


pilihanraya kecil parlimen sibu yang lalu mencipta sejarahnya tersendiri, banyak perkara boleh di ambil ikhtibar..


Juara Piala Suzuki 2010 : Malaysia Iklan : Nike

Walaupun digelar Harimau Malaya aku tetap bangga kerana mereka mewakili Malaysia..semoga perjalanan mereka tidak berakhir tatkala bermula



Sunday, December 5


Sedar tak sedar dah pun masuk bulan terakhir dalam tahun ini. Jadi tak salah rasanya untuk aku membuat penilaian segala yang telah dilalui sepanjang tahun ini. Dari segi azam memang hampir semuanya tak berjaya. Teringat sebelum bermulanya tahun 2010 aku telah menanam azam untuk melakukan beberapa perkara setelah aku berhijrah ke tempat baru. Tetapi atas sebab yang bukan berpunca dari aku nampaknya segala impian terpaksa ditunda dahulu. Mungkin terpaksa menunggu lagi bila kaki telah melangkah ke tahun baru 2011 pula. Kerana aku masih di sini jadi segala perancangan belum boleh dilakukan.

Tentang perkara yang tidak dirancang pula sepanjang tahun ini lebih kepada seperti melalui detik-detik masa dengan melakukan apa yang sepatutnya. Di tempat kerja seperti yang aku inginkan sebelum ini agar lebih berhati-hati rasanya 50% aku berjaya tetapi selebihnya ada lagi bahagian yang aku gagal. Aku berjaya untuk memberikan perhatian kepada kerja sendiri tanpa mempedulikan tentang kerja orang lain yang telah aku anggap semuanya pandai-pandai belaka.
Berhati-hati telah berjaya aku lakukan tinggal selepas ini aku ingin 'berdiam diri ' pula. Ada beberapa perkara yang berlaku dalam tahun ini yang memberi aku pengajaran bahawa tidak semua perkara perlu aku luahkan. Walaupun dengan niat untuk kebaikan tetapi hasilnya mendatangkan masalah kepada diri sendiri. Jadi tiada apa yang lebih baik melainkan berdiam diri sahaja. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menyimpan apa yang aku ada, apa yang aku tahu dan apa yang aku mahir untuk diri sendiri...

Monday, November 15

Masa Akan Terus Berlalu


Kini sudah berada di bulan November, tinggal satu bulan lebih lagi berakhirnya tahun 2010. Aku pula telah berada di sini selama 6 tahun bila tibanya bulan Disember ini. Satu tempoh yang boleh dikatakan cukup untuk melihat dan menilai banyak perkara. Pelbagai perubahan telah disaksikan untuk difikirkan dan untuk dinilai, baik perubahan pada diri sendiri, pada keluarga, kerjaya dan persekitaran juga. Tetapi tak semuanya perlu difikirkan kerana tak semuanya penting. Ada yang perlu dilupakan dan dibiarkan berlalu bersama masa. Kalau nak diigat pun hanya sebagai kenangan.

5 tahun yang lalu aku datang ke sini, anak ku baru belajar bercakap, berjalan pun seringkali terjatuh tapi kini dia dah boleh dibawa berbincang, dah boleh menunggang basikal dua roda.

5 tahun lalu di kawasan tempat aku tinggal dipenuhi hutan dan semak samun.Seperti tinggal di kampung dalam bandar. Sekarang kalau nak pergi beli barangan dapur nak cari tempat letak kereta pun susah. Kawasan semak samun dulu kini sudah ada pusat membeli belah, sudah ada bank dan sudah ada rumah urut..haha

5 tahun lalu rakan sekerja kebanyakannya pekerja sambilan. Sebagai pegawai tetap banyak perkara yang perlu aku buat. Sampai pernah aku merasakan kerja di cawangan lebih sibuk dari kerja di HQ. Tapi sekarang semua rakan sekerja adalah pegawai tetap. Jadi kerja telah dibahagi sama rata kerana semuanya telah sama gred.

Aku? Aku inginkan perubahan dalam beberapa perkara yang perlu untuk aku lakukan demi kehidupan yang lebih baik dari semalam..pengalaman selama hampir 6 tahun di sini telah banyak memberi aku ikhtibar dan pengajaran. Agar perlu lebih gigih berusaha dan lebih berhati-hati. Berusaha kerana usaha itu kunci kejayaan dan berhati-hati kerana di sini banyak 'manusia jadian'.

Sunday, September 26

Rock Selamanya

Aku membesar dalam era muzik rock sedang menguasai dunia hiburan di Malaysia..Kini lagu-lagu yang menjadi siulan ketika itu menjadi kenangan abadi kepada semua yang pernah merasai zaman tersebut, yang dikenali sekarang ini sebagai rock klasik, rock kapak dan sebagainya..Tahniah kepada mereka yang masih kekal sehingga kini memperjuangkan muzik rock di tanahair...Antaranya Search, Wings dan May yang menjadi kegemaranku sehingga kini..

Saturday, September 4

Selamat Hari Raya




Selamat Hari Raya Untuk semua..
Kepada rakan-rakan jangan lupa mendengar rancangan radio yang melibatkan saya pada hari raya ni..

1 Sibufm Beraya ( Sibu fm Raya Pertama 1010 pagi / Sarawak fm Raya Ke4 1115 pagi )
Riuh Agensi Raya ( Sibu fm dan Sarawak fm)

Maaf Zahir dan Batin..